Mail Online melaporkan, kanak-kanak itu, Eva kini sudah berusia setahun dan dilaporkan sihat walaupun doktor pernah memberi amaran dia mungkin mati.

Ibu bayi itu, Alex Kelly, 25, memberitahu, dia se­perti mengalami mimpi ngeri ketika doktor memaklumkan anak perempuannya tidak bernafas kerana tali pusatnya melilit lehernya.

Malah, doktor memaklumkan bahawa bayi itu tidak boleh diselamatkan kerana mungkin mengalami kerosakan otak kekal kerana tidak mendapat bekalan oksigen 30 minit.

Bayi tersebut yang ditempatkan di Hospital Kecemasan Pakar Northumbria, dipindahkan ke Hospital Royal Victoria, Newcastle-upon-Tyne.

“Mendengar berita anak yang dikandung itu mengalami kerosakan otak kekal adalah detik paling ngeri bagi setiap ibu bapa,” katanya.

Di Hospital Royal Victoria, Eva diletakkan di bawah sistem resolusi penyejukan di mana suhu badannya diturunkan kepada 33.5 Celsius untuk 72 jam.

Langkah itu bagi memperlahankan kerosakan sistem saraf dan otak bayi berkenaan. – AGENSI