Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Wilayah Kaluga, bas tersebut membawa kanak-kanak dari Smolensk ke wilayah Kaluga.

“Kemalangan itu menyebabkan tujuh maut manakala 24 mangsa lagi telah dibawa ke hospital.

“Kebanyakan mereka dirawat di hospital juga terdiri daripada kanak-kanak,” jelas kenyataan itu.

Gambar yang diberikan polis tempatan menunjukkan bas berwarna biru itu terbalik dalam salji di tepi jalan raya. - AFP