Dalam kejadian sekitar 9 malam, David Sidhom, 29 yang mahu tidur bersama isteri dan bayinya pergi kepada kumpulan remaja itu namun berlaku pertengkaran sebelum dia ditikam beberapa kali di leher.

Bagaimanapun, Sidhom bernasib baik dan berada dalam keadaan stabil berikutan tikaman berkenaan tidak mengenai tempat yang boleh membawa kecederaan serius dan maut.

Menurut Inspektor Glen Jacobs, mangsa meninggalkan kediamannya di Jalan Marsh telah membuat permintaan munasabah namun ia bertukar insiden mengancam nyawa.

“Tindakan ini merupakan kesalahan serius yang tidak boleh diterima,” tegasnya. - AGENSI