Runtuhan itu merupakan insiden kedua di Mumbai dalam tempoh dua minggu.

Jurucakap agensi pengurusan bencana, Tanaji Kamble berkata, insiden runtuhan bangunan itu berlaku di Dongri, Mumbai.

“Dua orang meninggal dunia dan lebih 40 terperangkap di bawah runtuhan bangunan itu,” katanya.

Jelas beliau, lima orang termasuk dua kanak-kanak berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. - AFP.