Lapor BBC, bangunan yang dimiliki sebuah syarikat China itu terletak di bandar Sihanoukville dan masih dalam pembinaan.

Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan ketika 24 orang mangsa yang cedera dilaporkan ada di antaranya dalam keadaan kritikal.

Polis menahan empat individu termasuk pemilik bangunan, ketua syarikat pembinaan, kontraktor dan seorang pemilik tanah warga tempatan.

Sejumlah besar mangsa dilaporkan masih hilang ketika mangsa mendakwa mereka turut tinggal dalam premis itu.

Seorang mangsa terselamat, Nhor Chandeun memberitahu, mereka tinggal di dalam bangunan tersebut.

“Bangunan itu bergegar selama beberapa minit sebelum runtuh. Kami tidak sempat menyelamatkan diri kerana semuanya berlaku terlalu pantas,” katanya.

Chandeun dan isterinya diselamatkan selepas 12 jam terpe­rangkap di bawah sisa runtuhan bangunan malang itu.

Kira-kira 1,000 orang pasukan penyelamat terlibat dalam misi mencari dan menyelamat.

Sementara itu, gabenor wilayah mengesahkan kira-kira 50 buruh binaan berada di lokasi ketika kejadian berlaku.– AGENSI