Pusat perlindungan dan tembok telah dibina di Bhashan Char, sebuah pulau kecil yang terletak di Teluk Bengal.

Bangladesh telah memaklumkan mengenai pulau berkenaan selama bertahun-tahun dan rancangan untuk memindahkan sebahagian daripada hampir satu juta pelarian Rohingya sudah beberapa kali tertangguh.

Bagaimanapun, pengkritik melahirkan kebimbangan terhadap keupayaan pulau terbabit untuk berdepan ribut kuat ketika musim monsun.

Namun Ketua Jawatankuasa Undang-Undang dan Peraturan Kabinet Bangladesh, Mozammel Huq berkata, pemindahan itu tetap akan diteruskan seperti dirancang.

“Kami merancang memulakan proses itu pada bulan hadapan setelah pembinaan di Bhashan Char sudah siap,” katanya. - AFP