“Kami akan memulakan penghantaran pulang menjelang pertengahan November. Ini merupakan fasa pertama,” kata Setiausaha Luar Bangladesh, Shahidul Haque selepas perbincangan di Dhaka antara pegawai dari kedua-dua negara.

Dalam pada itu, Setiausaha Tetap Hal Ehwal Luar Myanmar, Myint Thu yang turut hadir pada pertemuan tersebut berkata, kedua-dua pihak sudah bersetuju berhubung pelan ‘konkrit’ yang dibentangkan.

“Kami telah menunjukkan kehendak politik kami, fleksibiliti dan penyediaan tempat tinggal sebagai salah satu usaha penghantaran pulang secepat mungkin,” katanya kepada pemberita. - AFP