Lapor CNN, Penolong Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Ayesha Akhter berkata, sebanyak lapan orang meninggal dunia sejak Januari lalu manakala lebih 13,600 pesakit dijangkiti wabak tersebut setakat tahun ini.

Kata beliau, sebanyak 8,348 kes demam denggi atau lebih separuh daripada jumlah itu, dilaporkan berlaku pada bulan ini, peningkatan drastik berbanding 1,820 kes dicatatkan pada Jun dan 184 kes pada Mei tahun ini. - AGENSI