Kementerian Luar Bangladesh memanggil duta Myanmar semalam untuk mengemukakan bantahan terbabit.

Menurut pegawai luar kanan kementerian tersebut, sekumpulan pelarian tersebut terdiri daripada komuniti Buddha dan kumpulan puak-puak lain.

“Jumlah pelarian sedang bertambah. Sesetengahnya sudah menunggu di sempadan dan mungkin mereka akan masuk ke negara ini.

“Kami sudah meminta Myanmar mengambil langkah efektif dan segera supaya pertempuran di Rakhine dihentikan,” kata pegawai berkenaan yang tidak didedahkan identitinya. - AFP