Pengawal selia telekomunikasi menyalahkan penggunaan Facebook dan platform media sosial lain yang berlebihan sebagai mengganggu masa belajar golongan berkenaan.

“Mereka menghabiskan masa berjam-jam dengan telefon pintar. Ini menyekat kehidupan mereka secara sosial dan akademik,” kata Pengerusi Suruhanjaya Kawal Selia Telekomunikasi Bangladesh, Shahjahan Mahmood.

Beliau memberitahu, rancangan terbabit termasuk menaikkan harga untuk mengakses aplikasi media sosial.

Jelasnya, perbezaan akan dilakukan bagi memastikan akses kepada laman web akademik, perniagaan dan penyelidikan tidak terjejas. - AFP