Menurut Menteri Luar Bangladesh, Abdul Momen kepada BBC, Bangladesh sukar untuk terus menanggung beban ekonomi tetapi tidak menyatakan secara jelas bagaimana polisi itu akan berubah.

Khamis lalu, Bangladesh menyediakan bas untuk memulakan proses penghantaran pulang pelarian ke Myanmar.

Bagaimanapun, program itu gagal selepas tiada seorang pelarian muncul.

Abdul Momen menyalahkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memujuk pelarian agar tidak meninggalkan negara ini. - AGENSI