Langkah tersebut dibuat selepas seorang remaja wanita, Nusrat Jahan Rafi, 19, mendakwa cikgunya melakukan gangguan seksual telah dibakar sampai mati pada 10 April lalu.

Kematian mangsa menimbulkan kemarahan rakyat di negara ini.

Pemprotes di sini melakukan demonstrasi buat hari ke-11 hari ini, mendesak agar ‘hukuman teladan’ kepada pembunuh-pembunuh remaja itu.

Menurut polis, mangsa diumpan ke bumbung tempat pengajiannya di Feni yang mana penyerangnya mengarahkan untuk dia menarik laporan polis dibuat terhadap ketua sekolah itu.

Bagaimanapun, mangsa menolak arahan mereka dan dia dituang dengan kerosin sebelum dibakar.

Sekurang-kurangnya 20 orang termasuk ketua guru berkenaan telah ditahan. - AFP