Menurut pendakwa raya, Ahmad al-Hammadi, mereka menerima hukuman penjara selama tiga tahun hingga sepanjang hayat kerana cuba menubuhan Bahrain Hezbollah sama seperti militan syiah yang aktif di Lebanon.

“Sebahagian daripada tertuduh menerima latihan ketenteraan di Lebanon, Iran dan Iraq,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sumber mahkamah memberitahu, semua defendan merupakan ahli komuniti syiah di negara ini. - AFP