“Ini merupakan larangan sementara ketika kami menunggu lebih banyak maklumat untuk meneliti risiko keselamatan berkaitan meneruskan operasi Boeing 737 MAX ke dan dari Australia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam Australia (CASA), Shane Carmody dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Tambahnya, CASA melahirkan kekesalan sekiranya berlaku sebarang kesulitan terhadap penumpang tetapi adalah penting untuk mengutamakan keselamatan.

Fiji Airways merupakan satu-satunya pengendali Boeing 737 MAX yang terjejas dengan larangan Australia. - AFP