Lapor Channel News Asia, sekurang-kurangnya 25,000 orang anggota tentera Australia dan AS bakal menyertai latihan ketenteraan dua tahun sekali yang dikenali sebagai Talisman Sabre itu.

Ketua Operasi Bersama, Pasukan Pertahanan Australia, Leftenan Jeneral, Greg Bilton berkata, kapal pengintip itu dipercayai menuju ke pantai di timur laut Australia untuk melihat sendiri latihan terbabit.

“Kami sedang mengesannya (kapal). Kami belum pasti destinasi sebenar kapal itu namun menjangkakan ia akan berada di pantai timur Queensland dan kami akan mengambil langkah-langkah yang perlu,” katanya. - AGENSI