Perdana Menteri, Scott Morrison mengadakan pertemuan dengan beberapa firma teknologi hari ini termasuk Facebook, Twitter dan Google - bagi mengetahui bagaimana mereka mahu memastikan kesemua platform tersebut ‘bebas daripada keganasan’.

“Mereka sepatutnya membuang bahan berbentuk keganasan dan seumpamanya dalam satu tempoh tertentu bagi memastikan penduduk Australia selamat,” katanya.

Australia sedang mempertimbangkan melaksanakan undang-undang baharu susulan insiden tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu. - AFP