Ketua Pemerintah Sentral (CENTCOM), Jeneral Kenneth McKenzie berkata kepada CBS news, mereka yakin telah menembak jatuh satu dron dan mungkin juga dron kedua.

Sementara itu, jurucakap CENTCOM, Leftenan Kolonel Earl Brown memberitahu, kapal perang mereka telah melakukan ‘tindakan bertahan’ selepas ‘interaksi agresif oleh dua dron Iran di perairan antarabangsa’. - AFP