Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

ARSA tiada kaitan dengan militan antarabangsa

SEORANG pelarian Rohingya menangis selepas ahli keluarganya tidak
SEORANG pelarian Rohingya menangis selepas ahli keluarganya tidak sedarkan diri selepas bot yang mereka naiki karam di pantai Shah Porir Dwip, Bangladesh, semalam. - REUTERS

YANGON 14 Sept. - Pejuang Tentera Keselamatan Arakan Rohingya (ARSA) hari ini menafikan kumpulan itu mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa, beberapa hari selepas militan al-Qaeda menggesa umat Islam supaya membantu rakan seperjuangan mereka di Myanmar.

ARSA menegaskan, mereka hanya cuba mempertahankan kumpulan minoriti itu daripada penyeksaan jangka panjang oleh kerajaan Myanmar dengan etnik Islam berkenaan dinafikan kerakyatan.

“Kami berpendapat bahawa adalah perlu bagi kami menjelaskan bahawa kami tiada kaitan dengan militan al-Qaeda, Daesh, Lashkar-e-Taiba dan pelbagai kumpulan pengganas lain,” kata kumpulan itu dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi akaun Twitter. - AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain