Pelan untuk menerima jumlah pelancong yang mendadak telah dibincangkan selama bertahun-tahun tetapi menerima halangan oleh pendapat konservatif dan birokrasi.

Proses visa tersebut akan diperkenalkan untuk acara permotoran pada 15 Disember, menurut kenyataan dikeluarkan Pihak Berkuasa Sukan Awam (GSA).

Tiada butiran lanjut dikeluarkan berhubung perkara itu.

Buat masa ini, pelancong asing yang ingin ke Arab Saudi hanya terhad kepada pekerja dan keluarga mereka, kunjungan perniagaan dan jemaah Muslim yang mengerjakan ibadah haji serta umrah. - REUTERS