Saudi Gazette melaporkan, Kementerian Dalam Negeri berkata, daripada jumlah tersebut lebih 940,000 orang dari pelbagai negara telah dihantar pulang sejak November 2017.

Tindakan tegas terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara dilancarkan kementerian itu pada 15 November 2017 dengan penyertaan 19 jabatan kerajaan yang lain.

Menurut pihak berkuasa kempen itu, seramai 3.7 juta ekspatriat ditahan kerana melanggar sistem penduduk, peraturan buruh dan keselamatan sempadan.

Pecahannya menunjukkan sebanyak 2,959,351 ekspatriat ditahan mengikut peraturan penduduk, melanggar undang-undang buruh (583,602) dan keselamatan sempadan (247,220).

Selain itu, seramai 64,157 orang pula ditahan ketika cuba menyusup masuk ke Arab Saudi melalui sempadan di selatan negara ini.

Daripada jumlah itu, 46 peratus terdiri dari warga Yemen, Ethiopia (51 peratus) dan selebihnya terdiri dari pelbagai negara.

Seramai 2,759 orang pula ditahan ketika cuba keluar dari negara itu secara haram.

Bukan warga asing sahaja, malah seramai 1,530 rakyat tempatan ditahan kerana melin­dungi PATI yang mana disiasat, dihukum dan dilepaskan manakala 32 orang lagi sedang dalam siasatan. – AGENSI