Lapor Arab News, kerajaan Arab Saudi menubuhkan sebuah kumpulan sokongan yang mampu bercakap dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Indonesia dan Urdu.

Perkhidmatan 911 itu dilaporkan akan beroperasi selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Pusat Nasional untuk Operasi Keselamatan di Kementerian Dalam Negara Arab Saudi melancarkan pusat panggilan 911 sejak lima tahun lalu di Mekah. - AGENSI