Menteri Tenaga, Khaled al-Falih seperti dipetik oleh Saudi Press Agency sebagai berkata, keputusan itu dibuat setelah tindakan oleh tentera pakatan diketuai Arab Saudi dilakukan bagi memastikan keselamatan di selat tersebut serta Laut Merah.

“Langkah-langkah tertentu diambil dalam penyelarasan dengan komuniti antarabangsa,” katanya.

Selat Bab al-Mandab merupakan laluan perkapalan penting antara Semenanjung Arab dan Afrika yang menghubungkan Laut Merah ke Teluk Aden.

Pada 26 Julai lalu, Arab Saudi menggantung sementara penghantaran minyak melalui selat itu selepas dua kapal tangki minyak yang dikendalikan oleh syarikat penghantaran Bahri diserang. – AFP