Arab News melaporkan, sebelum ini, kerajaan Qatar melarang rak­yatnya memasuki negara ini untuk menunaikan haji ataupun umrah.

Kementerian tersebut menerusi satu kenyataan membe­ritahu, mesyuarat bersama delegasi Qatar bagi membincangkan isu logistik jemaah dari negara itu tidak mencapai sebarang persetujuan.

Namun, Riyadh sentiasa me­ngalu-alukan kedatangan jemaah Qatar apabila mereka tiba di negara ini.

Selain itu, Arab Saudi juga menolak dakwaan delegasi Qatar bahawa kerajaan negara ini mengenakan sekatan terhadap jemaah Qatar dan Riyadh cuba ‘mempolitikkan isu berkaitan haji’.

Dalam perkembangan ber­kaitan, Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud mengeluarkan arahan untuk menjadi tuan rumah kepada 1,300 jemaah haji dari 72 buah negara seluruh dunia bagi musim haji kali ini.

Usaha itu merupakan sebahagian daripada Program Tetamu Penjaga Dua Kota Suci untuk Haji dan Umrah.

Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Dakwah dan Panduan, Sheikh Abdullatif al-Sheikh berkata, arahan itu merupakan bukti kepada usaha negara ini untuk menjaga kepentingan semua umat Islam.

Seramai 52,747 jemaah dari seluruh dunia menerima faedah daripada program ber­kenaan.– AGENSI