AirPower yang diumumkan dua tahun lalu, merupakan sejenis aksesori tambahan yang berfungsi untuk mengecas pelbagai peranti secara nirwayar.

Namun menurut BBC, jurutera firma terbabit dikatakan gagal menghalang peranti berkenaan daripada menjadi terlalu panas.

"Selepas pelbagai usaha, kami menyimpulkan AirPower tidak mencapai standard tinggi yang kami tetapi dan telah membatalkan projek berkenaan," ujar firma tersebut dalam satu kenyataan dikeluarkan. - AGENSI