Menerusi kenyataan yang di emelkan kepada TechCrunch, Naib Presiden Kejuruteraan Perkakasan Apple, Dan Riccio memberitahu pembatalan itu adalah ekoran tahap kualiti produk berkenaan yang belum mencapai standard ditetapkan.

“Selepas pelbagai usaha dilakukan, kami mendapati AirPower tidak mencapai piawaian yang ditetapkan syarikat dan memutuskan untuk membatalkannya,” katanya.-AGENSI