Sementara itu, anggota perubatan terpaksa memotong kaki salah seorang mangsa selepas kakinya dihempap dengan batu besar.

“Kami sudah kesuntukan masa. Usaha menyelamat sedang berjalan tetapi ia berisiko. Kami dengar sekurang-kurangnya tiga orang menjerit meminta bantuan dan sedang cuba membawa mereka keluar selain memberi mereka makanan serta minuman,” kata pegawai agensi bencana tempatan, Abdul Muin Paputungan. - AFP