Ini di tengah-tengah ‘krisis hak asasi manusia’ berikutan mudahnya senjata api didapati di Amerika dan keengganan kerajaan untuk merampasnya.

RT News melaporkan, jurucakap Amnesty International AS, Ernest Coverson dalam satu kenyataan berkata, pelawat ke AS tidak boleh mengandaikan bahawa mereka bebas daripada bahaya dan menasihatkan Amerika tidak secukupnya melindungi hak mereka untuk berasa selamat.

KUMPULAN Amnesty International mengeluarkan amaran perjalanan
KUMPULAN Amnesty International mengeluarkan amaran perjalanan ke Amerika Syarikat (AS) kepada pelawat yang ingin memasuki negara itu. – AGENSI 

Pertubuhan hak asasi itu juga secara khusus memberi amaran kumpulan minoriti kaum, etnik dan seksual untuk berwaspada dengan serangan terbaharu berkaitan ideologi ketuanan kulit putih.

Amnesty International turut mendakwa, AS lebih menguta­makan pemilikan senjata berbanding hak asasi manusia malah mengutuk kerajaan yang mengabaikan tanggungjawab antarabangsa untuk melindu­ngi hak dan keselamatan orang ramai.

Bagaimanapun, sesetengah pengguna media sosial menempelak dakwaan Amnesty International dengan menunjukkan penurunan mendadak kadar jenayah ganas di AS sejak 20 tahun lalu.

Sementara itu, calon pendahulu pilihan raya Presiden dari Demokrat, Joe Biden mendakwa, Presiden Donald Trump telah 'meniupkan api ketuanan kulit putih' di negara ini ketika rakyat masih belum pulih daripada insiden keganasan di Te­xas dan Ohio.

Menurutnya, Trump mempromosikan kebencian dan ketakutan dalam kalangan rakyat yang dikejutkan dengan serangan itu.

“Dalam bahasa yang jelas, Presiden ini meniup api ketuanan kulit putih di negara ini," jelasnya. – AGENSI