CNN Filipina melaporkan, sampah-sampah tersebut dibawa masuk ke Filipina oleh sebuah syarikat milik Kanada.

“Saya beri amaran kepada Kanada supaya mereka mengambil semula sampah-sampah tersebut selewat-lewatnya minggu depan. Saya tidak faham kenapa mereka menjadikan negara ini sebagai tempat pembuangan sampah. Kesemuanya akan dihantar semula ke sana,” tegasnya.

Sekurang-kurangnya 103 kontena mengandungi 2,450 tan sampah dibawa masuk ke negara ini pada 2013 dan 2014.

Kesemua kontena terbabit dilabelkan sebagai plastik kitar semula.

Namun siasatan penguat kuasa mendapati kesemua sampah berkenaan tidak boleh dikitar semula.

Sampah-sampah itu diisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang Filipina ekoran tidak mendapat kebenaran untuk dibawa masuk.

Terdapat beberapa kontena yang masih disimpan di pelabuhan Manila.

Sejak bertahun-tahun, Filipina menggesa agar Kanada mengambil semula sampah-sampah tersebut.