Lapor portal Daily Mail, ahli sains, alam sekitar dan futuris, James Lovelock menggambarkan akan berlaku era ‘Novacene’ iaitu zaman baharu yang mana manusia mungkin tidak lagi diperlukan dan boleh digantikan dengan mesin teknologi pintar.

“Keunggulan manusia sebagai pemahaman utama kosmos semakin berakhir.

“Malah, pihak yang memahami masa depan bukan lagi merupakan manusia tetapi apa yang saya pilih untuk menggelarnya sebagai ‘cyborgs’ yang akan mereka cipta dan membina secara sendiri,” kata Lovelock dalam buku terbaharu berjudul Novacene seperti dilaporkan oleh NBC. - AGENSI