Menurut Adel, sebarang per­­bincangan membabitkan in­siden berkenaan dengan me­ngaitkan Mohammed bertanggungjawab adalah ‘keterlaluan’.

Dalam temu bual dengan be­berapa agensi berita, Adel me­nya­takan gesaan supaya Mohammed bertanggungjawab ke atas pembunuhan Jamal adalah tidak wajar.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perbincangan yang boleh merendahkan martabat kerabat diraja atau Mohammed.

“Kami juga sudah menjelas­kan bahawa kerajaan Arab Saudi tidak terbabit secara langsung dalam insiden berkenaan dan begitu juga Mohammed,” katanya kepada BBC dan CNBC.

Adel turut ditanya berhu­bung laporan Reuters yang se­belum ini memetik sumber Arab Saudi bahawa wujud plot untuk menghalang Mohammed daripada mengambil alih tampuk pemerintahan tertinggi negara itu.

“Ini merupakan komen yang keterlaluan dan tidak boleh diterima langsung. Kerajaan Arab Saudi amat komited dengan kepemimpinannya.

“Mohammed meraih keya­ki­nan daripada setiap warga Arab Saudi, termasuklah Raja Salman Abdulaziz Al-Saud. Mo­hammed ialah arkitek dan penggerak di sebalik program pembaharuan Arab Saudi dan Wawasan 2030,” jelasnya kepa­da CBS.

Sementara itu, Presiden Ame­rika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan Arab Saudi merupakan sekutu rapat dan diperlukan oleh negara itu.

Pendirian Trump itu disifatkan oleh Pusat Dasar Antarabangsa yang berpusat di Washington sebagai ‘penguasaan Amerika adalah lebih penting berbanding tingkah laku Arab Saudi’.

“Arab Saudi memerlukan senjata dan peralatan AS lebih daripada apa kita ingin jual kepada mereka,” kata bekas perunding Timur Tengah di AS, Aaron David Miller kepada CNN.

Dalam perkembangan lain, seorang diplomat Kesa­tuan Eropah Federica Mogherini berkata, kesemua mereka yang ‘benar-benar’ terlibat dalam pembunuhan Jamal perlu bertanggungjawab.

Sambil meminta supaya diadakan siasatan yang benar-benar telus dan kredibel, beliau menambah: “Bagi kami akauntabiliti bukan bermakna membalas dendam” –Agensi/CNN