Ketua hakim, Robert Fremr berkata, Ntaganda dengan gelaran ‘Terminator’ merupakan ketua penting yang memberikan arahan ‘menyasarkan dan membunuh orang awam’ di Ituri pada 2002 dan 2003.

Ntaganda didapati bersalah bagi jenayah perang dan jenayah kemanusiaan selepas perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun. - AFP