“China merupakan tuan rumah kepada salah satu krisis hak asasi manusia terburuk ketika ini; ia sememangnya kotoran abad ini,” kata Pompeo pada hari terakhir persidangan tersebut di Washington.

Tambah Pompeo seperti dipetik oleh Reuters, kerajaan China telah ‘menggalakkan’ negara-negara lain daripada menghadiri persidangan terbabit.

“Adakah perbuatan itu selaras dengan jaminan kepercayaan beragama yang termuat dalam Perlembagaan China?” soalnya. - AGENSI