Klip selama 154 saat itu menunjukkan empat pendaki Britain, dua Amerika Syarikat, seorang Australia dan India diikat tali satu sama lain mendaki pada banjaran yang sempit menuju puncak.

Jurucakap Polis Sempadan Indo-Tibetan, Vivek Kumar berkata, tiba-tiba kita terdengar bunyi yang kuat dan video itu menjadi kosong dan berhenti.

Kamera itu ditemukan pada salji berhampiran tujuh mayat pendaki yang ditemukan. - AFP