Lapor Detik News, gambar wanita yang memakai jubah seorang hakim dan berada di sebuah mahkamah mencuri perhatian warganet selepas dikongsi dalam akaun Twitter @matthertanoe, Sabtu lalu.

Kicauan dibuat Matthew kemudian tular dan disukai sekitar 32,000 ribu pengguna lain.

Bagaimanapun, identiti wanita muda itu kemudiannya didedahkan sebagai pelajar dari Universiti Gadjah Mada (UGM), Leanna Leonardo.

Leanna menjelaskan dalam Instagram miliknya bahawa gambar yang tular itu dirakam ketika satu perbicaraan latihan di kampusnya.

Selain itu, Leanna menafikan dia menyertai kumpulan idol Indonesia, JKT 48.

Netizen yang tertarik dengan kecantikan Leanna kemudian ‘menyerbu’ akaun Instagram pelajar itu dan membanjiri ruangan komen yang mencuit hati.

Seorang netizen dalam komennya meminta Leanna menjatuhi hukuman seumur hidup dirinya dalam hidup Leanna. – AGENSI