Ketika kejadian, video Will Connolly, 17, dari Victoria mendekati Anning dalam satu majlis bersama rakyat di sini sebelum melakukan perkara itu pada kepala ahli politik tersebut menjadi tular dalam media sosial.

FRASER ANNING mencetuskan kemarahan global kerana mengaitkan insiden
FRASER ANNING mencetuskan kemarahan global kerana mengaitkan insiden yang berlaku di Christchurch
adalah disebabkan kebanjiran
golongan pendatang beragama Islam
di New Zealand. – AGENSI

Kemudian, ra­kaman video me­nunjukkan Anning yang terkejut dengan insiden itu menumbuk Connolly sebanyak dua kali pada bahagian kepala sebelum remaja itu ditahan sekumpulan ‘bogan’ (merujuk kepada kenyataan Connolly dalam Twitter) yang berada di lokasi kejadian.

‘Bogan’ merupakan bahasa slanga di Australia dan New Zealand merujuk kepada ‘individu tak berguna’.

Insiden itu menyaksikan remaja berkenaan ditahan polis, namun dibebaskan kemudian tanpa sebarang pendakwaan.

Sehubungan itu, beliau me­ngucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong tindakannya dan sempat memberikan nasihat supaya ‘jika boleh jangan mengulangi perbuatannya’.

“Jangan membaling telur ke arah ahli politik atau anda mungkin diterjah kira-kira 30 ‘bogan’. Namun, saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku,” katanya seperti yang dipetik portal berita 10Daily.com.

Selain itu, Connolly juga memuat naik satu mesej yang berbunyi: ‘Kami bersama New Zealand. Kami mengutuk jenayah kebencian’ menerusi aplikasi Snapchat.

Sebelum akaun Twitter miliknya kena block, Connolly sempat mene­gaskan orang Islam bukan pengganas dan mereka yang melabel sedemikian adalah ‘tidak berotak’ sama seperti Anning.

JACINDA ARDERN menyifatkan kenyataan Fraser Anning sebagai memalukan.
JACINDA ARDERN menyifatkan kenyataan Fraser Anning sebagai memalukan. 

Dalam pada itu, polis Victoria memaklumkan pihaknya akan terus menyiasat insiden terbabit secara keseluruhan termasuk tindakan Anning yang menumbuk kepala remaja itu.

Anning sebelum ini mene­rima kecaman hebat termasuk daripada Perdana Menteri Australia, Scott Morrison kerana mengaitkan insiden yang berlaku di Christchurch adalah di­sebabkan kebanjiran golongan pendatang beragama Islam di New Zealand.

Selain itu, satu kutipan dana secara dalam talian iaitu GoFundMe bagi membantu Connolly berdepan dengan tindakan undang-undang dan ‘mendapatkan lebih banyak telur’ kini sudah mencecah AS$15,000 (RM61,373), malah lebih 200,000 pengguna internet menjadi pengikut Instagram remaja terbabit.

Dalam laman Twitter juga, Connolly menerima pelbagai tawaran termasuk meminta­nya datang ke Dubai dan akan dihadiahkan dengan kereta mewah termasuk menetap di hotel mewah di Turki oleh individu yang melahirkan rasa bangga terhadap tindakannya itu.

Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Anning sebagai ‘satu perbuatan yang amat memalukan’.

Ardern menyatakan perkara tersebut ketika menghadiri satu sidang akhbar di Christchurch.

“Sudah jelas kenyataan itu amat memalukan,” katanya.

Terdahulu, petisyen melalui change.org menerima ratusan ribu tandatangan yang me­nuntut Anning dipecat daripada Parlimen.