Arab News melaporkan, langkah itu juga sebahagian daripada inisiatif yang digerakkan Riyadh mengutuk keganasan serta unsur-unsur ektremisme.

Projek berskala antarabangsa itu dilaksanakan di bawah Program Imam Luar Negara oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi.

Menterinya, Sheikh Abdullatif al-Asheikh yang memantau program itu berkata, program berkenaan membantu memberi kesedaran terhadap umat Islam mengenai pegangan mereka.

Jelas beliau, menerusi khutbah Jumaat, imam menegaskan umat Islam seluruh dunia supaya bersatu menentang pihak yang menimbulkan perpecahan dalam kalangan agama.

“Selain itu, imam akan me­negaskan kepentingan berpuasa, solat dan membaca al-Quran dan menghayati amalan-amalan tersebut dalam kehidupan ha­rian,” katanya.

Menurut beliau, khutbah Jumaat itu kebanyakannya di­siarkan di saluran televisyen dan mendapat pujian pelbagai pihak.

Ini tegasnya, dapat membantu menyatukan umat Islam dan menolak segala bentuk keganasan dan ektremisme.