Dalam kejadian sekitar pukul 10.40 malam, api telah berjaya dikawal lebih 2,000 anggota bomba namun belum dipadam sepenuhnya.

Menurut pihak bomba, beberapa orang terperangkap di pangsapuri itu kerana tidak dapat melarikan diri ke jalan sempit yang sesak.

Menurut Ketua Bomba Bangladesh, Ali Ahmed, setakat ini seramai 69 orang disahkan maut namun bilangan korban dijangka meningkat.

“Pencarian masih dijalankan ketika ini.

“Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada silinder gas dengan api merebak pantas di pangsapuri berkenaan yang menjadi tempat penyimpanan bahan kimia,” katanya. - AFP