Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berkata, ketidakstabilan politik sejak beberapa bulan protes jalanan dilakukan sejak April tahun lalu terhadap kerajaan Presiden Daniel Otrega menyaksikan lebih 325 orang maut.

Katanya, dianggarkan seramai 55,000 daripada 62,000 orang melarikan diri ke negara jiran iaitu ke Costa Rica.

“Mereka menggunakan ‘pelbagai cara lain daripada kebiasaan untuk melarikan diri mengelakkan dikesan seperti berjalan berjam-jam melalui kawasan sukar, terdedah kepada haba, kelembapan dan risiko dijangkiti malaria,” jelas kenyaaan itu.

Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mengancam Ortega dengan sekatan disamping pihak pembangkang meminta pembebasan semua tahanan demonstrasi. - AFP