Di bawah polisi imigresen Australia, pencari suaka yang cuba memasuki Australia dengan menggunakan laluan laut akan dipintas dan dihantar untuk diproses ke kem di Papua New Guines serta pulau Nauru.

Menurut agensi berita Reuters memetik Perdana Menteri Australia, Scott Morrison sebagai berkata, kesemua pencari suaka terbabit didapati terlibat dengan jenayah seperti serangan seksual dan memuat naik imej berbentuk keganasan.

Mereka akan dirawat di pusat tahanan di Pulau Christmas, kira-kira 1,550 kilometer barat laut dari Australia.