AFP yang memetik ketua polis kereta api Dhaka, Yeasin Faroque Mozumder sebagai berkata, kebanyakan landasan yang tidak berpagar di negara itu mengundang risiko apabila dilaporkan secara puratanya 1,000 kemalangan atau kes bunuh diri berlaku pada setiap tahun.

“Namun sejak kebelakangan ini, tabiat mendengar lagu dengan menggunakan telefon bimbit sambil berjalan dilihat sebagai perbuatan yang lebih berisiko,” katanya.

Meskipun kerajaan melarang pemakaian fon kepala ketika melintas landasan kereta api, namun ramai yang tidak mengendahkan larangan itu yang akhirnya meyebabkan dilanggar kenderaan itu. -AFP