Biro Penyiasatan Penerbangan (AIB) dalam satu kenyataan berkata, pesawat yang sedang dalam perjalanan dari Madinah ke Dhaka dengan 151 penumpang itu terpaksa mengalihkan perjalanannya ke Jeddah selepas mengalami masalah kegagalan sistem hidraulik.

“Penumpang dipindahkan dengan pelucur kecemasan. 52 daripadanya cedera ringan manakala seorang penumpang wanita mengalami patah tulang semasa pemindahan dan kini menerima rawatan.

“AIB telah menjalankan siasatan ke atas kemalangan ini,” ujarnya.

Media Arab turut melaporkan, pesawat itu berlegar-legar di Jeddah selama beberapa jam kerana gagal untuk mendarat seterusnya terpaksa membuat pendaratan cemas.-AFP