Kemalangan itu berlaku malam semalam di Kiryandongo, kira-kira 220 kilometer di utara Kampala.

Bas terbabit dilaporkan bertembung dengan sebuah traktor yang dipandu tidak memasang lampu pada waktu malam sebelum merempuh sebuah lagi trak membawa bir.

Uganda merupakan antara negara yang mencatatkan rekod keselamatan jalan raya terburuk, disebabkan keadaan kenderaan dan jalan raya serta pemanduan berbahaya. - AFP