Menurut laporan akhbar Asharq al-Awsat, serangan tersebut menyasarkan angkatan keselamatan di Zulfi.

Katanya, mereka menggunakan kenderaan untuk merempuh halangan keselamatan di sekitar kem bagi cuba masuk ke dalam.

Kemudian, dua penyerang bersenjata keluar dari kenderaan itu sebelum melepaskan tembakan.

Polis berjaya menembak mati kedua penyerang itu sebelum menumpaskan suspek ketiga yang cuba melarikan diri.

Penyerang keempat pula mati ketika cuba meledakkan bahan letupan. - AFP