Jurucakap agensi itu, Patricia Gaspar berkata, antara daerah yang terjejas teruk akibat bencana itu termasuk Coimbra, Castelo Branco, Viseu dan Guarda.

Menurut laporan, sebahagian daripada 25 mangsa yang cedera itu terdiri daripada kalangan anggota bomba.

Gaspar juga kebakaran hutan tahun ini merupakan yang terburuk dalam sejarah Portugal apabila sebanyak 443 kebakaran direkodkan di seluruh negara.

Katanya, perintah darurat telah diisytiharkan di beberapa buah kawasan terlibat sehingga malam ini (waktu tempatan) berikutan kebakaran itu terbabit.

Dalam perkembangan ber­kaitan, beberapa jalan raya dan laluan kereta api terpaksa ditutup dengan banyak kawasan perkampungan berhampiran terlibat dengan proses pemindahan penduduk.

Ketika ini juga, lebih daripada 100 lokasi kebakaran dilaporkan masih aktif di Portugal hingga memaksa kira-kira 5,300 anggota bomba dikerah untuk mengawal api daripada terus merebak.

Difahamkan, sebanyak 260,000 hektar kawasan di Portugal terbakar sepanjang tahun ini iaitu kira-kira 50 peratus daripada jumlah insiden kebakaran hutan di Eropah.

Tragedi terburuk dicatatkan pada 17 Jun lalu di Pedragao Grande yang meragut 64 nyawa dan mencederakan lebih 250 yang lain. – AFP/BERNAMA