BBC melaporkan, beribu-ribu pelajar mengadakan tunjuk perasaan di sini dengan menghalang trafik serta menahan kereta yang dipandu orang awam.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pihak yang menyerang kumpulan pelajar terbabit.

Tunjuk perasaan itu berlaku selepas seorang budak lelaki dan perempuan maut dirempuh sebuah bas yang dipercayai dipandu laju pada Ahad lalu. - AGENSI