Arab News melaporkan, mereka membersihkan ke­seluruhan masjid dalam masa 45 minit dan mencuci marmar putih di sekitar Kaabah untuk tempoh 30 minit.

Selain itu, sebanyak 30 kenderaan elektrik khas, 67 mesin dan 400 liter air digunakan bagi membersihkan kawasan sekeli­ling Kaabah.

Dalam perkembangan lain, langkah-langkah keselamatan ketat dilaksanakan untuk memastikan keselamatan jemaah dan warga Arab Saudi sepanjang Ramadan.

Ketua Pertahanan Awam di Mekah, Brigedier Abdullah al-Qurashi berkata, langkah tersebut diluluskan Menteri Dalam Negeri, Putera Abdul Aziz bin Saud dengan mengerahkan ka­kitangan terlatih menangani sebarang potensi ancaman kepada keselamatan.

Jelasnya, sebanyak 38 pusat pertahanan awam yang disokong 24 pusat bermusim ditambah dengan 27 lokasi intervensi dan 30 pos ditempatkan di Masjidilharam untuk menyediakan bantuan.

“Pasukan intervensi pantas juga ditempatkan pada lokasi penting, kawasan tengah dan bangunan-bangunan dengan kepadatan penduduk tinggi.

“Pasukan pencegah pemantau pula dikerahkan di pasar, pusat beli-belah dan tapak suci dengan kelengkapan teknikal serta kenderaan,” katanya.