Menurut pegawai di Ibu Pejabat Polis Maharashtra, pemberontak tersebut menyerang pasukan komando yang sedang dalam perjalanan menggunakan kenderaan persendirian.

“Mereka dalam perjalanan untuk memeriksa serangan yang berlaku sebelum itu dan setakat ini 16 orang disahkan maut.

“Lebih banyak pasukan telah dihantar ke lokasi kejadian untuk menyelamat dan operasi pertempuran,” katanya.

India sedang menjalankan pilihan raya dan serangan pemberontak itu yang aktif di beberapa negeri sering meningkat ketika proses demokrasi berjalan.

Mereka dipercayai berada sekurang-kurangnya dalam 20 negeri di India namun paling aktif di Chhattisgarh, Odisha, Bihar, Jharkhand dan Maharashtra.

Pilihan raya India bermula 11 April lalu dan berakhir pada 19 Mei nanti. - AFP