Menurut Brigedier Jeneral, Cirilito Sobejana, serangan udara dan senjata artileri itu meledak di kawasan di paya Liguasan di Maguindanao iaitu lokasi BIFF menghasilkan bom buatan sendiri (IED).

Sekitar 60 hingga 100 BIFF berada di kawasan sekitar ketika serangan bermula sebelum subuh.

“Lima belas telah disahkan terbunuh, 10 orang cedera dan dua yang lain ditawan.

“Kami dapat memusnahkan kilang IED utama mereka di selatan Liguasan, dan ini adalah kerugian besar kepada mereka.” katanya.

Tentera mengklasifikasikan BIFF yang dikatakan mempunyai 300 hingga 400 anggota, sebagai organisasi pengganas, bersama kumpulan Abu Sayyaf dan Maute.-REUTERS