Ketika ini, India dilanda musim monsun menyebabkan beberapa kawasan dilanda hujan lebat berturut-turut selama dua hari sejak semalam.

Sehubungan itu, pihak berkuasa India mengisytiharkan hari ini sebagai cuti umum dan menasihatkan semua penduduk supaya duduk di dalam rumah.

Sekolah serta institusi pengajian juga ditutup dan banyak jadual penerbangan dilencongkan dari lapangan terbang Mumbai susulan keadaan cuaca buruk. - AFP