Penyiasat Polis San Fernando, Victor Quino memberitahu trak malang yang membawa 53 penumpang itu dikatakan hilang kawalan ketika melalui jalan turun dari kawasan berkenaan.

Berpuluh-puluh penumpang lain dilaporkan mengalami cedera parah.

Kesemua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari upacara khas sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Trak tersebut hilang kawalan dan berputar mengakibatkan sebahagian penumpang terpelanting keluar,” katanya- AFP